Pulau ini lebih dikenali dengan panggilan 'Survivor Island' selepas siri TV 'Survivor' difilemkan disana.
Untuk pergi ke sana, anda haruslah ke Kuala Penyu yang terletak kira-kira 2jam perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu. Setibanya di Jeti Kuala Penyu, anda pula menaiki bot laju selama setengah jam ke pulau hebat ini.
Buat pengetahuan semua, pulau yang terkenal dengan lumpur gunung berapi (mud volcano) ini memang agak luar biasa berbanding dengan pengalaman-pengalaman saya di kepulauan yang lain. Untuk mereka yang mengutamakan kesihatan kulit, inilah peluang keemasan, berendamlah selama mungkin. Kalau di Eropah, lumpur dari Gunung Berapi dijadikan satu produk kecantikkan..dan dijual dengan begitu mahal. jadi di sini..it's all free.......yeeehaaaaaaa...
Terdapat banyak spesies-spesies..entah apa bende namanya terdapat juga di kepulauan ini.Oleh kerana cuaca agak buruk dan saya tidak boleh ber'snokeling' jadi saya mengambil keputusan untuk tidak berbuat apa-apa. Gambar yang tertera dibawah memberitahu kawan-kawan semua apa yang saya buat di sana sepanjang hari.
TEEHEE!