Saturday, October 13, 2012

Jerung di perairan kita.

Waa...lama betul tidak bercerita mengenai pulau-pulau yang terdapat di Negeri Di Bawah Bayu. Sebenarnya saya belum lagi berkesempatan untuk bercuti. Dalam minda, teringin pula berkunjung ke Pulau Mabul yang terletak di pantai tenggara negeri ini.

Banyak yang telah saya baca mengenainya dan hmmm...adakah saya akan beralih kasih pula? ishh..ishh..issh..rambang mata ini kerana di tempat kami ini sememangnya terdapat banyak pulau yang hebat-hebat dan indah. Setiap pulau dengan keistimewaannya yang tersendiri.

Inilah untungnya bila tempat yang kami tinggal ini mempunyai perairan yang begitu luas dan pulau-pulau yang bukan sahaja mengkagumkan rakyat tempatan malah pelancung dari luar negara. Itulah sebabnya beberapa kegiatan pemuliharaan telah dijalankan di pulau-pulau ini dan salah satu-satunya adalah pemuliharaan Jerung dan alam hidupan laut yang sedang giat dijalankan di Semporna.



Maka pupuslah ikan-ikan jerung ini kalau kita tidak bertindak segera untuk melindunginya.

Saya berasa bangga dengan mereka yang begitu prihatin mengenai projek ini. Syabas buat Daniel Doughty, Alice Mathew, Dorothy Lim dan Lanash Thanda. Semoga projek kalian ini mendapat sokongan hebat dari rakyat Malaysia khususnya kepada mereka yang menyintai alam semulajadi.

Sila baca link dibawah ini untuk keterangan selanjutnya. Jangan lupa menandatangani sokongan anda.

http://www.borneoconservancy.org/who-we-are/meet-the-team

Selamat membaca. Katakan "TIDAK" pada semangkuk sup sirip jerung hari ini!

Saturday, November 12, 2011

Pulau Tiga

Aha! Hari ini saya akan membawa anda ke sebuah lagi destinasi yang menarik di Sabah.
Pulau ini lebih dikenali dengan panggilan 'Survivor Island' selepas siri TV 'Survivor' difilemkan disana.


Untuk pergi ke sana, anda haruslah ke Kuala Penyu yang terletak kira-kira 2jam perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu. Setibanya di Jeti Kuala Penyu, anda pula menaiki bot laju selama setengah jam ke pulau hebat ini.


Buat pengetahuan semua, pulau yang terkenal dengan lumpur gunung berapi (mud volcano) ini memang agak luar biasa berbanding dengan pengalaman-pengalaman saya di kepulauan yang lain. Untuk mereka yang mengutamakan kesihatan kulit, inilah peluang keemasan, berendamlah selama mungkin. Kalau di Eropah, lumpur dari Gunung Berapi dijadikan satu produk kecantikkan..dan dijual dengan begitu mahal. jadi di sini..it's all free.......yeeehaaaaaaa...
Terdapat banyak spesies-spesies..entah apa bende namanya terdapat juga di kepulauan ini.

Gambar diatas adalah gambar ketam, agak luarbiasa ketam-ketam ini kerana ia hanya memiliki satu sepit yang besar sahaja. Sila perhatikan betul-betul. Ketam-ketam ini TIDAK boleh dimakan yer..harap maklum! Ini pula "mud Fish"...sejenis ikan yang boleh hidup didarat dan di air. Ikan dua alam...tiada yang aneh didunia ini. Biawak 'komodo lizard' juga terdapat disana, begitu juga monyet-monyet liar. Oleh itu anda diminta mengikuti taklimat penuh mengenai aktiviti di pulau ini..apa yang harus dibuat dan apa yang tidak harus dibuat.


Oleh kerana cuaca agak buruk dan saya tidak boleh ber'snokeling' jadi saya mengambil keputusan untuk tidak berbuat apa-apa. Gambar yang tertera dibawah memberitahu kawan-kawan semua apa yang saya buat di sana sepanjang hari.


TEEHEE!

Monday, June 6, 2011

Pulau Langkayan - Sebutir mutiara..

Hari ini saya ingin memperkenalkan Pulau Langkayan pula. Dulu, saya pernah mengatakan bahawa hati saya terpaut pada Pulau Mataking...tapi aaa.....sekali air bah...disitu jugalah hati saya berubah..hehehe...

Siapa sangka Pulau Langkayan lebih hebat...? Kecantikkan perairannya yang dilihat dalam gambar, macam serupa sahaja..tetapi tidak sama yer...

Untuk pergi ke sana, anda kenalah menaiki bot laju selama 1 jam 45 minit dari jeti Sandakan.
Anda tentu tertanya-tanya.."apa pula yang menarik disana?'....Nak tahu...Sila lihat gambar dibawah:-
Terumbu karangnya yang begitu luas terdampar mengelilingi pulau inilah yang membuat saya beralih kasih...(hehehe).......nampak tu ikan-ikan bercorak kuda belang?...belum lagi ikan-ikan spesies lain....yang berkumpulan tu lain lagi....



Apa yang membuat saya tertarik sekali ialah bukan kerana terumbu karangnya yang luas, tetapi pulau ini adalah tapak pendaratan penyu jenis hijau dan hawksbill. Saya berasa percutian saya kali ini cukup bermakna sekali kerana disitulah kali pertama saya melihat penyu bertelur.
Sebenarnya ada cerita menarik disebalik kisah penyu pada malam itu.

Pada mulanya terdapat seekor penyu naik ke darat untuk bertelur...korek punya korek....tak jadi pula...maka si penyu pun turunlah ke laut semula. Saya dan beberapa pelancung asing berasa sedikit kecewa jugaklah pada masa itu tetapi diatas kesabaran dan kepintaran saya mempraktikkan penggunaan tatabahasa yang betul...yakni kata-kata "memujuk'..maka dapatlah saya memujuk dua orang abang yang hansem dan macho untuk menyertai mereka dalam misi mencari penyu bertelur...(hehehe)...

Aaahhhh...bukankah budi bahasa itu budaya kita? Dan......

....nasib saya ternyata begitu baik sekali malam itu...tak pula ku menduga...dapat menyaksikan saat yang sungguh bermakna ...malam yang penuh romantik..malam disebalik dedaun pepohon yang rendang...dicelah-celah pasir halus..dan ditemani cahaya dari lampu picit RM8 itu....saat yang begitu bersejarah... Aku menyaksikan dia...si penyu...."bertelur"
(waaa....penuh perasaan oooo....si penyu yang bertelur...saya pula yang tension)

telur pun banyak....140 biji kesemuanya. Tapi tahukah adik-adik, penyu adalah golongan haiwan yang dilindungi? Aha.....jadi janganlah mengambil telur penyu...jangan makan telur penyu...jangan apa-apakan binatang-binatang yang tergolong dalam spesies terancam yer...
Kata abang hensom...."Denda sebanyak RM50 ribu atau 5 tahun penjara..atau kedua-duanya sekali sekiranya anda didapati meng... men dan me......(sila buat ayat dengan menggunakan imbuhan yang tertera...chewaahhh...macam bagi tuisyen pulak dah..hehehe....ni boring punya pasal..)

Yang lain-lain..tak perlu saya ceritakan lagi..biarlah gambar yang menutup tirai kali ini...

Bah! Apalagi....cuti-cutilah ke Sabah... ..always the best!


Sehingga kita berjumpa lagi..... di pulau yang lain dan beralih kasih lagi. Hiks!

Monday, June 7, 2010

Hatiku miliknya - PULAU MATAKING

Beberapa bulan yang lalu, saya telah berkesempatan mengunjungi Pulau Mataking yang terletak tidak begitu jauh dari Pulau Sipadan. Saya sangkakan.."aahh...mana mungkin pulau ini sehebat Pulau Sipadan yang telahpun dianggap tempat menyelam yang bertaraf antarabangsa.."

Tapi ternyata sangkaan saya begitu meleset sekali!
Setibanya saya disana, saya terperanjat beruk kerana disambut dengan nyanyian dan petikan gitar. Tidak terjangka oleh saya, bahawa hari itu, kedatangan saya dan penyelam-penyelam lain disambut dengan begitu gemilang. Saya pula terasa macam orang berkenamaan yang baru dianugerahi dengan pangkat OKB - Orang Kaya Baru..hehehe
(Saya cukup menyesal kerana tidak berkesempatan merakamkan detik itu...)

Pulau ini dikatakan mempunyai kembarnya iaitu sebuah pulau kecil yang boleh disusuri hanya apabila air surut. (Sila rujuk gambar di bawah.....hehehe...macam kertas soalan peperiksaan...)

Sekiranya anda seorang penyelam ataupun seorang yang suka berenang dan mencuci mata melihat batu karang dan ikan-ikan di laut cetek, inilah tempat terbaik untuk anda melakukan aktiviti sebegitu. Nampak tu....balang-balang gas yang berisi oksigen...adik-adik..ini bukan tong gas untuk memasak yer..hehe

Air laut kehijauan biru seperti yang ditunjukkan di dalam gambar (bawah) menunjukkan dimana anda boleh 'snorkel'di perairannya yang cetek. Di tempat itu jugalah, hati saya terpaut...

Saya telah mengunjungi beberapa pulau sebelum ini, bagi saya, pulau ini merupakan pulau yang terbaik untuk aktiviti 'snorkeling'. Saya boleh melihat dengan begitu jelas terumbu karangnya yang penuh dengan hidupan laut yang cukup cantik. Bukan itu sahaja, spesies ikannya memang lain dari yang lain. Ada yang tidak pernah saya lihat di mana-mana majalah ataupun buku 'encyclopedia' berkenaan ikan terumbu karang.

Tempat penginapan, restoran dan tempat bersantai juga ada disediakan disini. Aha! saya belum lagi bercerita tentang 'coconut crab' - sejenis ketam yang banyak terdapat di pulau ini.

Siang..................
Malam............
Siang.................
Malam...........


..dan taman disekitarnya. Sebuah jakuzi dan spa ada disediakan disana. Harga? Boleh tahan!

Biliknya pun cantik........................

Bah...! Siapa cakap Sabah tidak cantik? "meh sini, aku lecture ko jap..."

Inilah bot yang saya naiki....
Datanglah ke pulau ini beramai-ramai...lebih ramai lebih seronok! Bye..

Salam 1 Borneo.

Thursday, June 3, 2010

Pulau Mantanani

Baru-baru ini saya telah pergi melancung ke sebuah pulau yang terletak kira-kira 80km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Pulau yang terletak di baratdaya Kota Belud itu mengambil masa kira-kira 45minit dari Jeti Rampaian Laut, untuk sampai kesana.

Nama pulau yang begitu unik itu membuat saya bertanyakan kepada pemandu pelancong akan asal usul nama MANTANANI. Dia memberitahu saya bahawa MANTA itu sebenarnya bermaksud "selimut" dalam bahasa Jepun dan "NANI" dikatakan adalah nama seorang budak perempuan.

Penduduk kampung yang lama bermaustatin di pulau itu memberitahu sewaktu pemerintahan Jepun, terdapat seorang anak kecil yang bernama "nani', seringkali menyorok dirinya dengan sehelai selimut apabila ternampak askar-askar Jepun. Maka dari sanalah terciptanya nama MANTANANI. (Saya tidak tahu samada benar atau tidak cerita ini tetapi begitulah cerita pemandu pelancong kami)
Saya mendapati pulau ini agak cantik dan air lautnya begitu bersih. Pasir putihnya begitu halus sekali. Dikatakan lagi, pulau ini pernah menjadi kediaman haiwan air yang bernama Dugong. Saya pula tidak berkesempatan melihat kelibat spesies yang dikatakan sudah hampir pupus itu.
Untuk pengetahuan selanjutnya sila baca penulisan Gillian Elliot mengenai haiwan ini di Pulau Mantanani :-
Nama pantainya sahaja memberitahu kita bahawa perairan di pulau ini pernah suatu ketika menjadi tempat persinggahan spesies air yang dikatakan pemalu itu.

Tempat-tempat bersantai juga ada disediakan disana. "Ahhhh...bila perut sudah berkeroncong....apalagi....time makan la..." hehehe..
Buaian (hammock) juga ada disediakan disana. Kalau perut sudah kenyang...layan mata pula yer...
Projek seperti pembersihan laut juga dijalankan disini. Bertuah betul penyelam-penyelam yang menjalankan projek ini. Boleh mencuci mata dan sekaligus membuat kerja....hehehe...

Untuk informasi yang lebih lanjut,(maklumlah...musim musim cuti sekolah pun dah dekat...dan musim-musim 'honeymoon' )..bolehlah mengutarakan soalan anda di mailto:m1tourandadventure@gmail.com atau boleh menalifon abang kita yang macho nie untuk tempahan.

Bro HK - 016-8100734
Hingga kita berjumpa lagi....Salam 1 Borneo.