Monday, June 7, 2010

Hatiku miliknya - PULAU MATAKING

Beberapa bulan yang lalu, saya telah berkesempatan mengunjungi Pulau Mataking yang terletak tidak begitu jauh dari Pulau Sipadan. Saya sangkakan.."aahh...mana mungkin pulau ini sehebat Pulau Sipadan yang telahpun dianggap tempat menyelam yang bertaraf antarabangsa.."

Tapi ternyata sangkaan saya begitu meleset sekali!
Setibanya saya disana, saya terperanjat beruk kerana disambut dengan nyanyian dan petikan gitar. Tidak terjangka oleh saya, bahawa hari itu, kedatangan saya dan penyelam-penyelam lain disambut dengan begitu gemilang. Saya pula terasa macam orang berkenamaan yang baru dianugerahi dengan pangkat OKB - Orang Kaya Baru..hehehe
(Saya cukup menyesal kerana tidak berkesempatan merakamkan detik itu...)

Pulau ini dikatakan mempunyai kembarnya iaitu sebuah pulau kecil yang boleh disusuri hanya apabila air surut. (Sila rujuk gambar di bawah.....hehehe...macam kertas soalan peperiksaan...)

Sekiranya anda seorang penyelam ataupun seorang yang suka berenang dan mencuci mata melihat batu karang dan ikan-ikan di laut cetek, inilah tempat terbaik untuk anda melakukan aktiviti sebegitu. Nampak tu....balang-balang gas yang berisi oksigen...adik-adik..ini bukan tong gas untuk memasak yer..hehe

Air laut kehijauan biru seperti yang ditunjukkan di dalam gambar (bawah) menunjukkan dimana anda boleh 'snorkel'di perairannya yang cetek. Di tempat itu jugalah, hati saya terpaut...

Saya telah mengunjungi beberapa pulau sebelum ini, bagi saya, pulau ini merupakan pulau yang terbaik untuk aktiviti 'snorkeling'. Saya boleh melihat dengan begitu jelas terumbu karangnya yang penuh dengan hidupan laut yang cukup cantik. Bukan itu sahaja, spesies ikannya memang lain dari yang lain. Ada yang tidak pernah saya lihat di mana-mana majalah ataupun buku 'encyclopedia' berkenaan ikan terumbu karang.

Tempat penginapan, restoran dan tempat bersantai juga ada disediakan disini. Aha! saya belum lagi bercerita tentang 'coconut crab' - sejenis ketam yang banyak terdapat di pulau ini.

Siang..................
Malam............
Siang.................
Malam...........


..dan taman disekitarnya. Sebuah jakuzi dan spa ada disediakan disana. Harga? Boleh tahan!

Biliknya pun cantik........................

Bah...! Siapa cakap Sabah tidak cantik? "meh sini, aku lecture ko jap..."

Inilah bot yang saya naiki....
Datanglah ke pulau ini beramai-ramai...lebih ramai lebih seronok! Bye..

Salam 1 Borneo.

Thursday, June 3, 2010

Pulau Mantanani

Baru-baru ini saya telah pergi melancung ke sebuah pulau yang terletak kira-kira 80km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Pulau yang terletak di baratdaya Kota Belud itu mengambil masa kira-kira 45minit dari Jeti Rampaian Laut, untuk sampai kesana.

Nama pulau yang begitu unik itu membuat saya bertanyakan kepada pemandu pelancong akan asal usul nama MANTANANI. Dia memberitahu saya bahawa MANTA itu sebenarnya bermaksud "selimut" dalam bahasa Jepun dan "NANI" dikatakan adalah nama seorang budak perempuan.

Penduduk kampung yang lama bermaustatin di pulau itu memberitahu sewaktu pemerintahan Jepun, terdapat seorang anak kecil yang bernama "nani', seringkali menyorok dirinya dengan sehelai selimut apabila ternampak askar-askar Jepun. Maka dari sanalah terciptanya nama MANTANANI. (Saya tidak tahu samada benar atau tidak cerita ini tetapi begitulah cerita pemandu pelancong kami)
Saya mendapati pulau ini agak cantik dan air lautnya begitu bersih. Pasir putihnya begitu halus sekali. Dikatakan lagi, pulau ini pernah menjadi kediaman haiwan air yang bernama Dugong. Saya pula tidak berkesempatan melihat kelibat spesies yang dikatakan sudah hampir pupus itu.
Untuk pengetahuan selanjutnya sila baca penulisan Gillian Elliot mengenai haiwan ini di Pulau Mantanani :-
Nama pantainya sahaja memberitahu kita bahawa perairan di pulau ini pernah suatu ketika menjadi tempat persinggahan spesies air yang dikatakan pemalu itu.

Tempat-tempat bersantai juga ada disediakan disana. "Ahhhh...bila perut sudah berkeroncong....apalagi....time makan la..." hehehe..
Buaian (hammock) juga ada disediakan disana. Kalau perut sudah kenyang...layan mata pula yer...
Projek seperti pembersihan laut juga dijalankan disini. Bertuah betul penyelam-penyelam yang menjalankan projek ini. Boleh mencuci mata dan sekaligus membuat kerja....hehehe...

Untuk informasi yang lebih lanjut,(maklumlah...musim musim cuti sekolah pun dah dekat...dan musim-musim 'honeymoon' )..bolehlah mengutarakan soalan anda di mailto:m1tourandadventure@gmail.com atau boleh menalifon abang kita yang macho nie untuk tempahan.

Bro HK - 016-8100734
Hingga kita berjumpa lagi....Salam 1 Borneo.