Saturday, October 13, 2012
Jerung di perairan kita.
Banyak yang telah saya baca mengenainya dan hmmm...adakah saya akan beralih kasih pula? ishh..ishh..issh..rambang mata ini kerana di tempat kami ini sememangnya terdapat banyak pulau yang hebat-hebat dan indah. Setiap pulau dengan keistimewaannya yang tersendiri.
Inilah untungnya bila tempat yang kami tinggal ini mempunyai perairan yang begitu luas dan pulau-pulau yang bukan sahaja mengkagumkan rakyat tempatan malah pelancung dari luar negara. Itulah sebabnya beberapa kegiatan pemuliharaan telah dijalankan di pulau-pulau ini dan salah satu-satunya adalah pemuliharaan Jerung dan alam hidupan laut yang sedang giat dijalankan di Semporna.
Maka pupuslah ikan-ikan jerung ini kalau kita tidak bertindak segera untuk melindunginya.
Saya berasa bangga dengan mereka yang begitu prihatin mengenai projek ini. Syabas buat Daniel Doughty, Alice Mathew, Dorothy Lim dan Lanash Thanda. Semoga projek kalian ini mendapat sokongan hebat dari rakyat Malaysia khususnya kepada mereka yang menyintai alam semulajadi.
Sila baca link dibawah ini untuk keterangan selanjutnya. Jangan lupa menandatangani sokongan anda.
http://www.borneoconservancy.org/who-we-are/meet-the-team
Selamat membaca. Katakan "TIDAK" pada semangkuk sup sirip jerung hari ini!
Saturday, November 12, 2011
Pulau Tiga
Pulau ini lebih dikenali dengan panggilan 'Survivor Island' selepas siri TV 'Survivor' difilemkan disana.
TEEHEE!
Monday, June 6, 2011
Pulau Langkayan - Sebutir mutiara..
Apa yang membuat saya tertarik sekali ialah bukan kerana terumbu karangnya yang luas, tetapi pulau ini adalah tapak pendaratan penyu jenis hijau dan hawksbill. Saya berasa percutian saya kali ini cukup bermakna sekali kerana disitulah kali pertama saya melihat penyu bertelur.
Sebenarnya ada cerita menarik disebalik kisah penyu pada malam itu.
Pada mulanya terdapat seekor penyu naik ke darat untuk bertelur...korek punya korek....tak jadi pula...maka si penyu pun turunlah ke laut semula. Saya dan beberapa pelancung asing berasa sedikit kecewa jugaklah pada masa itu tetapi diatas kesabaran dan kepintaran saya mempraktikkan penggunaan tatabahasa yang betul...yakni kata-kata "memujuk'..maka dapatlah saya memujuk dua orang abang yang hansem dan macho untuk menyertai mereka dalam misi mencari penyu bertelur...(hehehe)...
Aaahhhh...bukankah budi bahasa itu budaya kita? Dan......
....nasib saya ternyata begitu baik sekali malam itu...tak pula ku menduga...dapat menyaksikan saat yang sungguh bermakna ...malam yang penuh romantik..malam disebalik dedaun pepohon yang rendang...dicelah-celah pasir halus..dan ditemani cahaya dari lampu picit RM8 itu....saat yang begitu bersejarah... Aku menyaksikan dia...si penyu...."bertelur"
(waaa....penuh perasaan oooo....si penyu yang bertelur...saya pula yang tension) telur pun banyak....140 biji kesemuanya. Tapi tahukah adik-adik, penyu adalah golongan haiwan yang dilindungi? Aha.....jadi janganlah mengambil telur penyu...jangan makan telur penyu...jangan apa-apakan binatang-binatang yang tergolong dalam spesies terancam yer...
Kata abang hensom...."Denda sebanyak RM50 ribu atau 5 tahun penjara..atau kedua-duanya sekali sekiranya anda didapati meng... men dan me......(sila buat ayat dengan menggunakan imbuhan yang tertera...chewaahhh...macam bagi tuisyen pulak dah..hehehe....ni boring punya pasal..)
Yang lain-lain..tak perlu saya ceritakan lagi..biarlah gambar yang menutup tirai kali ini...Bah! Apalagi....cuti-cutilah ke Sabah... ..always the best!
Sehingga kita berjumpa lagi..... di pulau yang lain dan beralih kasih lagi. Hiks!
Monday, June 7, 2010
Hatiku miliknya - PULAU MATAKING
Setibanya saya disana, saya terperanjat beruk kerana disambut dengan nyanyian dan petikan gitar. Tidak terjangka oleh saya, bahawa hari itu, kedatangan saya dan penyelam-penyelam lain disambut dengan begitu gemilang. Saya pula terasa macam orang berkenamaan yang baru dianugerahi dengan pangkat OKB - Orang Kaya Baru..hehehe
Sekiranya anda seorang penyelam ataupun seorang yang suka berenang dan mencuci mata melihat batu karang dan ikan-ikan di laut cetek, inilah tempat terbaik untuk anda melakukan aktiviti sebegitu. Nampak tu....balang-balang gas yang berisi oksigen...adik-adik..ini bukan tong gas untuk memasak yer..hehe
Air laut kehijauan biru seperti yang ditunjukkan di dalam gambar (bawah) menunjukkan dimana anda boleh 'snorkel'di perairannya yang cetek. Di tempat itu jugalah, hati saya terpaut...
Saya telah mengunjungi beberapa pulau sebelum ini, bagi saya, pulau ini merupakan pulau yang terbaik untuk aktiviti 'snorkeling'. Saya boleh melihat dengan begitu jelas terumbu karangnya yang penuh dengan hidupan laut yang cukup cantik. Bukan itu sahaja, spesies ikannya memang lain dari yang lain. Ada yang tidak pernah saya lihat di mana-mana majalah ataupun buku 'encyclopedia' berkenaan ikan terumbu karang.Tempat penginapan, restoran dan tempat bersantai juga ada disediakan disini. Aha! saya belum lagi bercerita tentang 'coconut crab' - sejenis ketam yang banyak terdapat di pulau ini.
Siang..................
Malam............
Siang.................
Malam.............dan taman disekitarnya. Sebuah jakuzi dan spa ada disediakan disana. Harga? Boleh tahan!
Biliknya pun cantik........................
Bah...! Siapa cakap Sabah tidak cantik? "meh sini, aku lecture ko jap..."
Datanglah ke pulau ini beramai-ramai...lebih ramai lebih seronok! Bye..Salam 1 Borneo.
Thursday, June 3, 2010
Pulau Mantanani
Nama pulau yang begitu unik itu membuat saya bertanyakan kepada pemandu pelancong akan asal usul nama MANTANANI. Dia memberitahu saya bahawa MANTA itu sebenarnya bermaksud "selimut" dalam bahasa Jepun dan "NANI" dikatakan adalah nama seorang budak perempuan.
Saya mendapati pulau ini agak cantik dan air lautnya begitu bersih. Pasir putihnya begitu halus sekali. Dikatakan lagi, pulau ini pernah menjadi kediaman haiwan air yang bernama Dugong. Saya pula tidak berkesempatan melihat kelibat spesies yang dikatakan sudah hampir pupus itu.
Nama pantainya sahaja memberitahu kita bahawa perairan di pulau ini pernah suatu ketika menjadi tempat persinggahan spesies air yang dikatakan pemalu itu.
Tempat-tempat bersantai juga ada disediakan disana. "Ahhhh...bila perut sudah berkeroncong....apalagi....time makan la..." hehehe..

Projek seperti pembersihan laut juga dijalankan disini. Bertuah betul penyelam-penyelam yang menjalankan projek ini. Boleh mencuci mata dan sekaligus membuat kerja....hehehe...
Untuk informasi yang lebih lanjut,(maklumlah...musim musim cuti sekolah pun dah dekat...dan musim-musim 'honeymoon' )..bolehlah mengutarakan soalan anda di mailto:m1tourandadventure@gmail.com atau boleh menalifon abang kita yang macho nie untuk tempahan.
